USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN (Sobella & Cubremi)

Nama

: NurFatin Afiza Binti Hanapi

Umur

: 19 Tahun

Ahli

: Feb 2019

Latar belakang

Cik Pn Afiza telah menyertai SOBELLA pada tahun lepas (2018). Beliau pada mulanya hanya menjadi salah seorang peminat lipstick SOBELLA, namun rakan beliau yang menjadi salah seorang agent di Gua Musang pada masa itu mengajak beliau untuk turut serta menjadi agen Sobella dengan komisyen yang agak lumayan. Kini beliau bergiat aktif dalam menjalankan promosi melalui aplikasi Instagram dan FB Live.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 sahaja sebulan dan tidak mempunyai rekod pelanggan yang bersistem.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan barangan SOBELLA, dan kosmetik lain-lain beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook serta Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 3000 – RM 4500.

___________________________________________________________________________________

MEMPELAJARI MS OFFICE & RUJUKAN KERJA KHUSUS (SPM).

Nama

: Ahmad Aidil Bin Ibrahim

Umur

: 17 tahun

Ahli

: Apr 2018

 

Latar belakang

Aidil merupakan pelajar lepasan SPM untuk tahun semasa. Sekarang beliau menyambung kembali untuk mengambil STAM di Maahad Muhammadi Gua Musang. Beliau sentiasa menjadikan Pusat Internet sebagai pusat rujukan bersama rakan yang lain bagi melaksanakan tugasan di sekolah serta urusan yang berkaitan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, tiada juga ilmu tambahan berkaitan penggunaan tools lain dalam dunia ICT yang beliau tahu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Aidil dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau tahu pelbagai sumber rujukan dan kaedah yang betul bagi mencari maklumat tepat di alam maya. Selain itu, beliau juga mempelajari pelbagai kemahiran berkaitan dunia ICT.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

Beliau mempelajari lebih mendalam berkaitan MS Office

Belajar berkaitan kaedah yang betul mencari sumber rujukan di alam maya

 

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas pelbagai berkaitan seperti KDB dan Grafik Multimedia.

 

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN (Noir Beauty)

Nama

: Murni Binti Mohd Zain

Umur

: 39 tahun

Ahli

: Ogos 2018

Latar belakang

Pn Murni merupakan salah seorang pengusaha kantin sekolah di daerah bandar Gua Musang. Beliau telah mengambil keputusan untuk berehat dahulu buat sementara menjadi pengusaha kantin dan telah menfokuskan diri menjadi agen jualan produk kosmetik NOIR. Beliau yang memang semenjak remaja lagi sangat meminati kerjaya sebagai peniaga telah mencuba nasib untuk menjadi salah seorang agen produk kosmetik dan penjagaan wajah NOIR dan telah pun diiktiraf sebagai “Top Agent” baru-baru ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan dan ruang pemasarannya yang agak terhad kepada medium “offline”

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook dan akaun Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk NOIR beliau. Beliau juga banyak mendapat bimbingan cara menggunakan FB Ads serta pelbagai medium pemasaran “online” yang terkini di Pusat Internet Taman Kesedarjaya.

___________________________________________________________________________________

MEMPELAJARI ASAS MICROSOFT OFFICE & APPS E-LEARNING

Nama

: Mohd Nor Syazwan Azmi

Umur

: 11 tahun

Ahli

: Dis 2016

 

Latar belakang

Syazwan merupakan pelajar tahun 5  dan beliau sangat menunjukkan minat mendalam dalam mempelajari bidang ICT. Beliau banyak menyertai setiap aktiviti bulanan yang di anjurkan oleh petugas Pusat Internet Taman KesedarJaya Dengan galakkan ibu bapa, beliau terus aktif bersama PI bagi menuntut ilmu berasakan ICT untuk keperluan di masa depan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak begitu arif tentang asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak teruja untuk menggunakan komputer dan mempelajari aplikasi yang disediakan untuk membantu persekolahan. Dengan berkat ketekunan beliau terus berazzam untuk mempelajari sesuatu yang baru dengan dunia ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang disediakan di Pusat Internet Taman Kesedar Jaya, beliau kini bertambah yakin menggunakan pelbagai aplikasi terutamanya bagi Microsoft Office. Ibu bapa beliau juga turut membantu dan menggalakan beliau untuk terus mengikuti kelas yang mendatang. Dengan bimbingan petugas PI, diharap beliau dapat memanfaatkan maklumat dan ilmu yang diperolehi.

 

___________________________________________________________________________________

KISAH KEJAYAAN SUKU KE-EMPAT TAHUN 2018

 

1 : Dibawah merupakan kisah kejayaan seorang Ahli Pusat Internet Taman Kesedar Jaya bagi kategori Celik IT iaitu Mohd Syawan yang tinggal di Taman Kesedar Jaya, Gua Musang dan merupakan seorang pelajar.

Kisah Kejayaan Celik IT : Mohd Syawan

2 : Dibawah merupakan kisah kejayaan seorang Ahli Pusat Internet Taman Kesedar Jaya bagi kategori Keusahawanan iaitu Puan Murni Bt Mohd Zain yang merupakan penduduk tempatan Taman Kesedar Jaya. Beliau telah mencuba pelbagai perniagaan bagi menempa kejayaan.

Kisah Kejayaan Usahawan : Puan Murni Mohd Zain

3 : Dibawah merupakan kisah kejayaan seorang Ahli Pusat Internet Taman Kesedar Jaya bagi kategori Keusahawanan iaitu Cik Puan Nur Nadia Mahadi yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan dan menjadikan media sosial sebagai medium pemasaran utama beliau.

Kisah Kejayaan Usahawan : Cik Puan Nur Nadia Mahadi