Dari segi kemudahan kesihatan pula, masyarakat di Taman Kesedar Jaya boleh mendapatkannya di Hospital Gua Musang jika terdapat sebarang masalah kesihatan dan memerlukan rawatan doktor. Hospital Gua Musang ini terletak kira-kira 2 km daripada Taman Kesedar Jaya. Waktu rawatan di Hospital Gua Musang adalah 24 jam.

Alamat: Hospital Gua Musang, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan

No tel: 09-9121133

                                                    Gambar 1 : Hospital Gua Musang

 

 

  • INFO TERKINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Berikutan kepada keadaan Jerebu terkini, semua warga penduduk terutama Taman Kesedar Jaya dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dengan membuat langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko pada tahap kesihatan lebih-lebih lagi yang berisiko tinggi seperti mempunyai lelah atau masalah pernafasan.
 
Berikut adalah sedikit nasihat dan panduan yang boleh digunakan sebagai langkah-langkah keselematan. 
 

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT 

        JEREBU

 i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.

 ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

 iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang 

      terdedah kepada jerebu.

 iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.

 v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan 

      alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

 vi. Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan 

       aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

 vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, 

       jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera 

       jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

 viii. Perokok dinasihatkan supaya mengurangkan / menjauhkan aktiviti merokok.

 ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat 

       daripada pihak berkuasa.

 
 

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Status

Tahap Pencemaran

Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan

0-50

Baik

Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100

 Sederhana

Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200

Tidak sihat

Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300

Sangat tidak menyihatkan

Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi 

  • Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  •  Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400

Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

401-500 

Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas

Darurat

Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
  • Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa

Anda boleh klik pada link yang berikut untuk mengetahui status bacaan IPU terkini.

http://apims.doe.gov.my/v2/hour2_2015-09-28.html

Sekian, untuk makluman.