HARI HIMPUNAN IBU-IBU DUN GALAS
19 OKTOBER 2018 – Satu himpunan para ibu sekitar diadakan di Dewan Komuniti, PPR Gua Musang. Aktiviti tersebut bertujuan mengumpulkan seramai yang boleh penglibatan golongan ibu yang ada di Dun Galas khususnya.
Objektif lain himpunan tersebut adalah untuk memberikan pengisian aktiviti dan ilmu yang mampu memberikan manfaat kepada para ibu disamping bersilaturrahim sesama komuniti. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang dibuat bermula dari pagi hingga ke tengahari.
Program tersebut adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA) dengan kerjasama Kelab Jalinan Ikatan Kasih serta Kelab Pemuafakatan PPR Gua Musang. Antara pengisian program tersebut adalah Senamrobik, Tazkirah kekeluargaan, Demontrasi Masakan serta kelas Asas Solekan.
Besar harapan penganjur supaya aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu untuk mencari sedikit sebanyak input bagi menjaga keharmonian rumah tangga khususnya.
- sekian -
http://kesedarjaya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini#sigFreeId1278bf658c
___________________________________________________________________________________
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN KEMAS
Pihak Kemas telah menganjurkan rumah terbuka pada 8 Syawal 1437H bermula jam 3.00 petang - 5.00 petang.
Gambar 1: Wanita bergambar sempena sambutan Hari Raya
KELAS MASAKAN ANJURAN KEMAS DAERAH GUA MUSANG
- Kelas masakan ini ditubuhkan untuk kaum wanita, suri rumah dan ibu tunggal yang ingin mempelajari pelbagai jenis masakan yang baru. Kelas masakan ini dianjur oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Gua Musang.
- Untuk menjadi ahli kelas masakan tersebut hanya perlu membayar yuran RM10 sahaja.
- Semasa kelas diadakan, bahan-bahan masakan disediakan. Ahli hanya perlu bayar harga barang yang digunakan sahaja. Ahli juga dapat membawa pulang masakan yang telah dimasak
- Kelas masakan tersebut diadakan setiap hari RABU dalam seminggu.
- Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas masakan ini. Peserta hanya perlu menghadiri kelas tersebut sahaja.
Gambar 1: Antara ahli-ahli kelas masakan anjuran KEMAS
KELAS MEMBUAT TAUHU TERBALIK
Perkara: Masakan Tauhu Terbalik
Tempat: Dewan Kolam Mas
Tarikh: 02 September 2015