USAHAWAN COOKIES DAN JAJAN

 

Nama

: Siti Nur Liyana Radzi

Umur

: 34 Tahun

Ahli

: Mac 2019

Latar belakang

Pn Siti Nur Liyana merupakan salah seorang komuniti setempat yang bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Daerah Gua Musang. Peringkat awalnya beliau sangat teruja bila bersama dengan komuniti setempat yang mengikuti beberapa siri kelas asas ICT dan Keusahawanan di PI Taman Kesedar Jaya. Beliau mula menjalankan perniagaan sekitar musim perayaan Tahun 2018. Pada Mac 2019, beliau terus mendaftar ahli di PI bagi mmendapatkan pengetahuan yang lebih banyak berkenaan keusahawanan. Beliau terus setia dengan jenama Family Corner yang menjual pelbagai jenis cookies dan jajan yang sesuai untuk semua lapisan komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Pn Siti Nur Liyana hanya mendapat pendapatan sekitar RM 500 – RM 1000 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendafatar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Pn Siti Nur Liyana bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 2500 – RM 3000 tidak termasuk pada musim perayaan dan tempahan pukal dari pihak tertentu.

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN NASI KERABU & LAIN-LAIN

 

Nama

: Anita Bt Othman

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: Nov 2018

Latar belakang

Pn Anita merupakan bekas kakitangan KESEDAR PERKILANGAN dan hanya membantu suami beliau menjalankan perniagaan jualan "NASI KERABU BELAGO ANGIN" pada waktu petang dan malam selepas habis waktu bekerja. Melihat perniagaan yang diusahakan oleh suami beliau semakin maju dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan komuniti taman kesedarjaya, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi perhatian pada perniagaan jualan nasi kerabu tersebut. Kini perniagaan beliau semakin berkembang maju dangan penambahan pelbagai menu untuk makan mlm dan petang seperti nasi lemak, nasi ayam serta makanan berkuah (mee celup dsbg)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 - RM 1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan nasi kerabu serta makanan-makanan yang lain dengan lebih meluas.

___________________________________________________________________________________

MEMPELAJARI ASAS ICT, E-LEARNING & ULANGKAJI PELAJARAN.

Nama

: Nur Hidayah Bt M.Yusri

Umur

: 11 tahun

Ahli

: Jun 2017

 

Latar belakang

Hidayah merupakan pelajar tahun 5 dan beliau sangat menunjukkan minat mendalam dalam mempelajari bidang ICT. Beliau banyak menyertai setiap aktiviti bulanan yang di anjurkan oleh petugas Pusat Internet Taman Kesedar Jaya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, tiada juga ilmu tambahan berkaitan penggunaan tools lain dalam dunia ICT yang beliau tahu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Hidayah dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau lebih mahir menggunakan peralatan yang tersedia dan lebih terbuka pengetahuan tentang ICT. Beliau juga seronok dalam melakukan ulangkaji secara online.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.
    • Mempelajari cara-cara untuk membuat tugasan dan memasukkan maklumat dengan betul

Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

Memberi kelas pelbagai berkaitan seperti KDB dan Grafik serta pembelajaran yang interaktif.

 

___________________________________________________________________________________

MEMPELAJARI ASAS ICT, ASAS MS OFFICE & BENGKEL PRA-KERJAYA

 

Nama

: Nor Asma Bt Ramli

Umur

: 25 tahun

Ahli

: Dis 2019

 

Latar belakang

Asma merupakan belia yang sedang dalam usaha mencari pekerjaan. Beliau sedar dunia sekarang sangat menitik beratkan pengetahuan dalam bidang ICT. Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah bijak untuk mengikuti kursus IC yang dianjurkan oleh pihak PI setiap bulan untuk meningkatkan lagi pengetahuan beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, tiada juga ilmu tambahan berkaitan rujukan untuk alam kerjaya selepas menghabiskan pengajian di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Hidayah dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau lebih mahir menggunakan peralatan yang tersedia dan lebih terbuka pengetahuan tentang ICT. Beliau juga lebih terbuka berbicara berkenaan hala tuju dan mafaat ICT kepada kehidupannya.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.
    • Mempelajari cara-cara untuk membuat tugasan dan memasukkan maklumat dengan betul

Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • Saya boleh mengambil dan mendapatkan sijil asas komputer di PI

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN PERFUME TEMPATAN (DE'XANDRA)

Nama

: Wan Nor Aitirah Wan Ahmad

Umur

: 28 Tahun

Ahli

: Dis 2018

Latar belakang

Pn Wan Atirah merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Taman Kesedar Jaya yang menjalankan perniagaan atas talian. Pada awalnya beliau bekerja di salah satu syarikat pembinaan di daerah Gua Musang. Selepas mencuba berniaga, beliau terus komited inging berniaga secara sepenuh masa. Bermula dari detik itu beliau telah datang dan terus mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Taman Kesedar jaya bagi mengikuti kelas keusahawanan yang diaturkan di PI. Beliau menjalankan perniagaan Perfume De’Xandra sebagai produk jualan utamanya disamping beberapa lagi rangkaian produk yang mendapat pilihan pengguna yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan atau mendapat pendedahan kemahiran ICT yang meluas, beliau tidak menggunakan kemudahan rangkaian ICT untuk memajukan bisnes beliau. Pendapatan hasil jualannya juga hanya sekitar RM 500 - 1500 sahaja sebulan bersih.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah bergelar sebagai agen kepada De’Xandra walaupun pada asalnya langsung tiada pengetahuan dalam perniagaan apatah lagi perniagaan atas talian. Pn Wan juga Berjaya menambah pendapatan beliau shingga kepada RM 1500 – 2000 sebulan. Satu pencapaian yang sangat beliau syukuri pada permulaan perniagaan ini.

___________________________________________________________________________________