USAHAWAN BARANGAN SECARA KUTU

Nama

: Tuan Nor Safra

Umur

: 22 Tahun

Ahli

: Feb 2018

Latar belakang

Pn Safra merupakan seorang ibu anak tiga dan menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin dan melahirkan anak sulung. Ketika mempunyai seorang anak, beliau mula berjinak-jinak berniaga laksa penang di sekitar gua musan sambal membantu suami nya mencari sumber pendapatan untuk keluarga kecil beliau Minat berniaga ini telah disemai semenjak beliau kecil lagi kerana ibu beliau mempunyai gerai makan dan beliau selalu menolong ibunya menyediakan juadah untuk pelanggan di gerai makan ibunya itu. Kini beliau mula menjadi salah seorang mak KUTU di Gua Musang dengan visi untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan memiliko barangan idaman secara  secara bayaran ansuran (KUTU)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan barangan jualan KUTU, dan kosmetik lain-lain beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook serta Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM5000.

___________________________________________________________________________________