USAHAWAN PERFUME TEMPATAN (DE'XANDRA)

Nama

: Wan Nor Aitirah Wan Ahmad

Umur

: 28 Tahun

Ahli

: Dis 2018

Latar belakang

Pn Wan Atirah merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Taman Kesedar Jaya yang menjalankan perniagaan atas talian. Pada awalnya beliau bekerja di salah satu syarikat pembinaan di daerah Gua Musang. Selepas mencuba berniaga, beliau terus komited inging berniaga secara sepenuh masa. Bermula dari detik itu beliau telah datang dan terus mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Taman Kesedar jaya bagi mengikuti kelas keusahawanan yang diaturkan di PI. Beliau menjalankan perniagaan Perfume De’Xandra sebagai produk jualan utamanya disamping beberapa lagi rangkaian produk yang mendapat pilihan pengguna yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan atau mendapat pendedahan kemahiran ICT yang meluas, beliau tidak menggunakan kemudahan rangkaian ICT untuk memajukan bisnes beliau. Pendapatan hasil jualannya juga hanya sekitar RM 500 - 1500 sahaja sebulan bersih.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah bergelar sebagai agen kepada De’Xandra walaupun pada asalnya langsung tiada pengetahuan dalam perniagaan apatah lagi perniagaan atas talian. Pn Wan juga Berjaya menambah pendapatan beliau shingga kepada RM 1500 – 2000 sebulan. Satu pencapaian yang sangat beliau syukuri pada permulaan perniagaan ini.

___________________________________________________________________________________