USAHAWAN MAKANAN TAMBAHAN (LOVLIN BIRD NEST)

Nama

: Nur Ezzati Binti Mohd Mazlan

Umur

: 25 Tahun

Ahli

: Mac 2018

Latar belakang

Cik Ezzati telah menjadi usahawan lebih awal lebih kurang 2 tahun yang lalu dengan menjual beberapa kelengkapan kosmetik daripada pelbagai jenama yang tersohor. Beliau yang bertugas di Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mendaftar sebagai ahli PI pada Mac 2018 semasa menghadiri kursus keusahawanan yang dianjurkan di PI Taman Kesedar Jaya. Pada suku terakhir beliau memberanikan diri menjadi usahawan kepada produk kesihatan yang berteraskan sarang burung. Produk tersebut diberi nama β€œLovlin Bird Nest”. Bermula dari situlah beliau terus mendapatkan bimbingan nasihat dari PI untuk memaksimumkan penggunaan ICT bagi mengembangkan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum memaksimumkan penggunaaan ICT beliau hanya menjalankan jualan kepada kawan dan keluarga terdekat tanpa sebarang rangkaian. Pemasarannya juga amat terhad di sekekliling beliau sahaja. Anggaran pendapatan perniagaan bawah RM 1000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi Ahli PI, Cik Ezzati telah dapat mengikuti beberapa kelas usahawan dan bimbingan berkaitan perniagaan terutamanya berkaitan pemasran menggunakan medium atas talian. Beliau terusa mengorak langkah dengan menambah pendapatan dan membina rangkaian agen dibawahnya. Pendapatan terus dijana sehingga RM 4000 – RM 5000 sebulan.

___________________________________________________________________________________