USAHAWAN - NUR SHAFIERA BT MAD NASIR

Nama

: Nur Shafiera Bt Mad Nasir

Umur

: 23 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Shafiera merupakan seorang penuntut di institusi pengajian tinggi awam di Perak. Beliau kini sedang menjalani tempoh praktikal di salah sebuah tadika swasta di Bandar Gua Musang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Shafiera hanya mendapat pendapatan sekitar RM 100 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Selepas berdaftar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Shafiera bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain spt Tiktok bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 500/Sebulan .

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN - NURUL NAZIRA BINTI KAMARUDIN

Nama

Nurul Nazira Binti Kamarudin

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Pn Nazira telah menjalankan perniagaan bermula daripada tahun 2017 lagi. Namun peringkat permulaan beliau bukan menjalankan perniagaan berasaskan makanan tetapi perniagaan berasaskan kosmetik serta pakaian. Pada waktu itu beliau tidak terlalu aktif di media sosial ataupun mana-mana event yang ada.

Apabila permintaan makanan meningkat sekitar 2 tahun lepas dan banyak menu-menu viral yang muncul beliau mula beralih fokus kepada bidang makanan. Fokus utamanya adalah makanan berasaskan bakeri dan kek. Sedikit demi sedikit beliau mula mempelbagaikan menu pilihan.

Seterusnya diwaktu pandemic mula melanda negara permintaan kepada servis COD makanan mula meningkat. Beliau terus mempergiatkan diri dalam membuat iklan dan hebahan di media sosial. Beliau turut bersama dalam siri kelas keusahawanan Pusat Ekonomi Digital untuk menambahkan pengetahuan dan perkongsian. Seterusnya pelbagai cara digunakan bagi memastikan permintaan sentiasa ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Sebelum mendapatkan bimbingan dan pengetahuan dalam menggunakan pemasaran serta menggunakan pelbagai kaedah pemasaran pendapatan beliau dalam lingkungan RM 800 – RM 1200

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Selepas  bersama dengan Pusat Ekonomi Digital dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran Pn Nazira mula mempelbagaikan medium pemasaran produk nya. Beliau mengalami peningkatan hasil jualan kepada RM 1200 – RM 1800 sebulan.

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN - NUR SHAFIERA

Nama

: Nur Shafiera Mad Nasir

Umur

: 22 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Shafiera merupakan seorang penuntut IPTA di Perak. Ketika tempoh PKP serta PKPB beliau banyak menyiapkan tugasan secara dalam talian yang diberikan oleh pensyarah dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di PIK.

Kemahiran dan asas pengetahuan computer sememangnya penting dalam kehidupan di zaman ini, dan ianya tidak dinafikan sangat berguna dalam kehidupan dan masa depan kelak. Dan ianya perlu dipupuk semenjak kecil lagi

Apa yang dipelajari melalui PIK

  • - Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.
  • - Mempelajari cara-cara untuk mencari maklumat dalam internet dengan betul
  • - Mempelajari cara-cara untuk membuat tugasan dan memasukkan maklumat dengan betul

- Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PIK membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft office

- Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • - Saya boleh mengambil dan mendapatkan sijil asas komputer di PIK

___________________________________________________________________________________

CELIK ICT - MUHAMMAD FARHAN BIN FAUZI

Nama

: Muhammd Farhan Bin Fauzi

Umur

: 27 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Farhan merupakan salah seorang ahli PIK Taman Kesedar Jaya sejak tahun 2014. Beliau merupakan salah seorang OKU dan berdaftar bersama Jabatan kebajikan Masyarakat. Penglibatan beliau bersama PIK apabila mula dibawa oleh guru sekolah semasa beliau di aliran pendidikan khas. Selepas daripada itu, beliau turut dibawa oleh ahli keluarga untuk bersama menggunakan kemudahan yang tersedia di PIK. Beliau semakin suka dan selesa bersama dengan komuniti serta petugas PIK, jadi beliau kerap datang untuk pelbagai tujuan dan mengenal peralatan ICT. Daripada situlah petugas PIK cuba membimbing beliau dengan tahap kemampuannya.

Apa yang dipelajari melalui PIK

    • - Mempelajari asas penggunaan kompenan komputer.
    • - Mempelajari cara-cara untuk melayari laman web untuk pelbagai guna.
    • - Mempelajari dan mencari sumber bahan daripada Youtube.
    • - Menggunakan beberapa laman pembelajaran interaktif.

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PIK membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft office

- Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • Mampu melayari website dan menggunakan platform online sendiri.

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN - ANIS BADURA

Nama

Nur Anis Badura

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Anis Badura merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau sangat meminati bidang kraftangan dan bakeri. Oleh kerana minat tersebut beliau mula bberniaga secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang beliau di rumah dengan membuat kek harijadi, gubahan bunga untuk kejutan hari jadi dan donut brownies.

Anis badura banyak menggunakan peluang menjana pendapatan dengan menggunakan sebaik mungkin kemudahan plat form media social pada masa kini terutama Facebook serta status di Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Anis hanya mendapat pendapatan sekitar RM 100 – RM 200 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendafatar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Anis bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 1000 – RM 2000/sebulan

___________________________________________________________________________________