USAHAWAN - NURUL NAZIRA BINTI KAMARUDIN

Nama

Nurul Nazira Binti Kamarudin

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Pn Nazira telah menjalankan perniagaan bermula daripada tahun 2017 lagi. Namun peringkat permulaan beliau bukan menjalankan perniagaan berasaskan makanan tetapi perniagaan berasaskan kosmetik serta pakaian. Pada waktu itu beliau tidak terlalu aktif di media sosial ataupun mana-mana event yang ada.

Apabila permintaan makanan meningkat sekitar 2 tahun lepas dan banyak menu-menu viral yang muncul beliau mula beralih fokus kepada bidang makanan. Fokus utamanya adalah makanan berasaskan bakeri dan kek. Sedikit demi sedikit beliau mula mempelbagaikan menu pilihan.

Seterusnya diwaktu pandemic mula melanda negara permintaan kepada servis COD makanan mula meningkat. Beliau terus mempergiatkan diri dalam membuat iklan dan hebahan di media sosial. Beliau turut bersama dalam siri kelas keusahawanan Pusat Ekonomi Digital untuk menambahkan pengetahuan dan perkongsian. Seterusnya pelbagai cara digunakan bagi memastikan permintaan sentiasa ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Sebelum mendapatkan bimbingan dan pengetahuan dalam menggunakan pemasaran serta menggunakan pelbagai kaedah pemasaran pendapatan beliau dalam lingkungan RM 800 – RM 1200

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Selepas  bersama dengan Pusat Ekonomi Digital dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran Pn Nazira mula mempelbagaikan medium pemasaran produk nya. Beliau mengalami peningkatan hasil jualan kepada RM 1200 – RM 1800 sebulan.

___________________________________________________________________________________