USAHAWAN - NUR SYAKILA

Nama

: Nur Syakila Binti Abdullah

Umur

: 31 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Pn Syakila merupakan salah seorang peniaga produk kecantikan dan kosmetik yang tidak asing dalam kalangan peniaga di sekitar Gua Musang. Beliau mula aktif dalam servis Home Spa selepas mendapat pendidikan dan pembelajaran melalui Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Juru Terapi Spa dan seangkatannya.

Bermula dari detik itu beliau telah mengembangkan kemahirannya dengan bekerja di Sebuah Spa di Gua Musang dan seterusnya mengusahakan sendiri dengan membuat Home Spa. Selain itu, beliau turut menjual pelbagai pilihan kosmetik dan peralatan berkaitan kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan bimbingan dan perkongsian daripada Pusat Internet, servis dan produk  beliau tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Anggaran pendapatan bulanan sekitar RM 1000- RM 1500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas bersama dengan Pusat Internet dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran dan jualan beliau dapat meningkatkan jualan dan pendapatannya sekitar RM 2000 – RM 2500 sebulan.

___________________________________________________________________________________