USAHAWAN - ALIAS BIN MUHAMMAD

Nama

: Alias Bin Muhammad

Umur

: 47 Tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

En Alias sudah begitu berpengalaman dalam bidang pertanian ekoran tugasan sebagai seorang pegawai di Jabatan Pertanian. Namun ianya bukan halangan untuk beliau mencuba perniagaan dengan berbekalkan kemahiran dan pengetahuannya.

Beliau pada awalnya tidak fokus untuk memasarkan produk keluarannya. Tetapi dengan bantuan dan rujukan Pusat Internet beliau mula Nampak akan potensi produknya, dan mula memasarkan menggunakan platform yang ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan bimbingan dan pengetahuan dalam menggunakan pemasaran yang pelbagai, En Alias hanya menjual kepada orang sekelilingnya sahaja. Pendapatan jualannya sekitar RM 500 – RM 800 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  bersama dengan Pusat Internet dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran En Alias mula mempelbagaikan medium pemasaran produk nya. Beliau mengalami peningkatan hasil jualan kepada RM 1000 – RM 1500 sebulan.

 

___________________________________________________________________________________