MEMPELAJARI ASAS MICROSOFT OFFICE & APPS E-LEARNING

Nama

: Mohd Nor Syazwan Azmi

Umur

: 11 tahun

Ahli

: Dis 2016

 

Latar belakang

Syazwan merupakan pelajar tahun 5  dan beliau sangat menunjukkan minat mendalam dalam mempelajari bidang ICT. Beliau banyak menyertai setiap aktiviti bulanan yang di anjurkan oleh petugas Pusat Internet Taman KesedarJaya Dengan galakkan ibu bapa, beliau terus aktif bersama PI bagi menuntut ilmu berasakan ICT untuk keperluan di masa depan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak begitu arif tentang asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak teruja untuk menggunakan komputer dan mempelajari aplikasi yang disediakan untuk membantu persekolahan. Dengan berkat ketekunan beliau terus berazzam untuk mempelajari sesuatu yang baru dengan dunia ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang disediakan di Pusat Internet Taman Kesedar Jaya, beliau kini bertambah yakin menggunakan pelbagai aplikasi terutamanya bagi Microsoft Office. Ibu bapa beliau juga turut membantu dan menggalakan beliau untuk terus mengikuti kelas yang mendatang. Dengan bimbingan petugas PI, diharap beliau dapat memanfaatkan maklumat dan ilmu yang diperolehi.

 

___________________________________________________________________________________