USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN (Noir Beauty)

Nama

: Murni Binti Mohd Zain

Umur

: 39 tahun

Ahli

: Ogos 2018

Latar belakang

Pn Murni merupakan salah seorang pengusaha kantin sekolah di daerah bandar Gua Musang. Beliau telah mengambil keputusan untuk berehat dahulu buat sementara menjadi pengusaha kantin dan telah menfokuskan diri menjadi agen jualan produk kosmetik NOIR. Beliau yang memang semenjak remaja lagi sangat meminati kerjaya sebagai peniaga telah mencuba nasib untuk menjadi salah seorang agen produk kosmetik dan penjagaan wajah NOIR dan telah pun diiktiraf sebagai “Top Agent” baru-baru ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan dan ruang pemasarannya yang agak terhad kepada medium “offline”

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook dan akaun Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk NOIR beliau. Beliau juga banyak mendapat bimbingan cara menggunakan FB Ads serta pelbagai medium pemasaran “online” yang terkini di Pusat Internet Taman Kesedarjaya.

___________________________________________________________________________________