USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN (Sobella & Cubremi)

Nama

: NurFatin Afiza Binti Hanapi

Umur

: 19 Tahun

Ahli

: Feb 2019

Latar belakang

Cik Pn Afiza telah menyertai SOBELLA pada tahun lepas (2018). Beliau pada mulanya hanya menjadi salah seorang peminat lipstick SOBELLA, namun rakan beliau yang menjadi salah seorang agent di Gua Musang pada masa itu mengajak beliau untuk turut serta menjadi agen Sobella dengan komisyen yang agak lumayan. Kini beliau bergiat aktif dalam menjalankan promosi melalui aplikasi Instagram dan FB Live.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 sahaja sebulan dan tidak mempunyai rekod pelanggan yang bersistem.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan barangan SOBELLA, dan kosmetik lain-lain beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook serta Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 3000 – RM 4500.

___________________________________________________________________________________