MEMPELAJARI MS OFFICE & RUJUKAN KERJA KHUSUS (SPM).

Nama

: Ahmad Aidil Bin Ibrahim

Umur

: 17 tahun

Ahli

: Apr 2018

 

Latar belakang

Aidil merupakan pelajar lepasan SPM untuk tahun semasa. Sekarang beliau menyambung kembali untuk mengambil STAM di Maahad Muhammadi Gua Musang. Beliau sentiasa menjadikan Pusat Internet sebagai pusat rujukan bersama rakan yang lain bagi melaksanakan tugasan di sekolah serta urusan yang berkaitan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, tiada juga ilmu tambahan berkaitan penggunaan tools lain dalam dunia ICT yang beliau tahu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Aidil dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau tahu pelbagai sumber rujukan dan kaedah yang betul bagi mencari maklumat tepat di alam maya. Selain itu, beliau juga mempelajari pelbagai kemahiran berkaitan dunia ICT.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

Beliau mempelajari lebih mendalam berkaitan MS Office

Belajar berkaitan kaedah yang betul mencari sumber rujukan di alam maya

 

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas pelbagai berkaitan seperti KDB dan Grafik Multimedia.

 

___________________________________________________________________________________