TAYANGAN FILEM PILIHAN

 

TARIKH

: 22 Disember 2018

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 11 orang

KELAS

: Filem Pilihan Berinformasi

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengajaran kepada peserta melalui teladan yang dipaparkan dalam filem. Filem pilihan kali ini ialah β€œRise of Legend : Lee Chong Wei”. Banyak input dan pengajaran yang mampu dipelajari oleh peserta dari Filem ini. Ianya bertemakan semangat juang seseorang dalam mengejar cita-cita dan impian.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan ruang masa untulk menonton filem pilihan kali ini. Besar harapan agar mereka belajar sesuatu daripada aktiviti ini. Mereka perlu menghayati setiap babak filem dan diakhir aktiviti mereka diminta menerangkan sedikit sebanyak nilai-nilai yang ada dalam filem tersebut.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

 

TARIKH

: 15 Disember 2018

MASA

: 8.00 pagi - 1.00 petang

LOKASI

: Dewan Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 170 orang (Berdaftar)

KELAS

: Kesedaran Kesihatan

 

Tujuan:

Program kali ini bertujuan mempromosikan Pusat Internet sebagai Pusat Sehenti bagi pemeriksaan kesihatan asas. Selain itu, dalam program kali ini dibawakan beberapa agensi berkaitan kesihatan, NGO dan persatuan untuk membawakan informasi yang berguna. Pelbagai acara dan aktiviti yang diatur, bermula dari pagi hingga tengah hari.

Aktiviti:

Program Jom Sihat ini bermula dari pagi dengan pendaftaran pengunjung serta pendaftaran ahli Pusat Internet dengan tawaran istimewa. Seramai lebih kurang 170 orang komuniti setempat mendaftarkan diri. Pelbagai acara lain yang diaturkan antaranya Senamrobik, Larian 1000 langkah, menjawab kuiz, mewarna bagi kanak-kanak serta pameran dan perkongsian informasi daripada agensi jemputan. Antara agensi yang hadir ialah AADK, Farmasi, Unit Kesihatan Gigi, Unit Pemakanan Sihat serta Unit Pesakit Luar. Acara tamat pada pukul 1.00 petang.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN ARTIKEL

 

TARIKH

: 11 Disember 2018

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Membuat Ringkasan Artikel

 

Tujuan:

Kelas kali ini bertujuan meningkatkan lagi kefahaman peserta dalam subjek Bahasa Melayu. Ringkasan artikel merupakan salah satu bab yang terdapat dalam kurikulum sekolah. Mereka diajar cara mengenalpasti point-point dan isi-isi penting dalam sesuatu artikel dan petikan. Mereka perlu mengeluarkan isi tersebut dan disusun mengikut keutamaan.

Aktiviti:

Untuk kelas ini peserta dibekalkan beberapa artikel berkaitan kesihatan. Untuk peringkat pertama mereka perlu membaca artikel dan menerangkan secara lisan konten yang ada. Untuk peringkat seterusnya, peserta diberikan masa untuk meringkaskan artikel dan susun mengikut keutamaan isi-isi yang diketengahkan.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

KUIZ KESIHATAN

 

TARIKH

: 14 Disember 2018

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Kuiz Kesihatan

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan kehidupan dan gaya hidup sihat. Pembelajaran melalui kuiz sangat berkesan kerana ianya lebih santai dan dekat dengan target peserta. Pelbagai persoalan berkaitan kesihatan mampu dijawab dan didedahkan kepada mereka.

Aktiviti:

Peserta akan dibimbing oleh petugas untuk berkenalan dulu dengan tajuk iaitu berkaitan jom sihat. Ianya meliputi aspek gaya hidup dan kerjaya. Peserta diberi penerangan serba sedikit berkaitan penjagaan kesihatan dengan dibantu oleh audio dan visual dari sosial media. Seterusnya, menerusi input yang mereka dapat, peserta diberikan ruang untuk menjawab soalan kuiz dengan betul dan cepat.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

DASHBOARD KOMUNITI : MY PLACE

 

TARIKH

: 8 November 2018

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Dashboard Komuniti

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan mempromosikan Apps Dashboard Komuniti kepada peserta khususnya dengan harapan mereka akan turut menyebar luas kepada masyarakat lain. Untuk kali ini diperkenalkan modul MyPlace. Fungsi dan tools yang terdapat diperkenalkan dengan bertemakan β€œJom SIhat”. Mereka cuba menanda pusat-pusat kesihatan setempat.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan penerangan berkaitan apps Dashboard Komuniti secara keseluruhan. Seterusnya, mereka akan mencuba beberapa modul termasuk kuiz yang mampu memberikan kemenangan dan memenangi hadiah. Untuk kelas kali ini peserta diajar cara menggunakan Modul My Place. Dalam modul ini mereka di beri tugasan menandakan Pusat Kesihatan terdekat bagi memberikan informasi kepada pengguna yang lain.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________