MS WORD : TABLE AND PAGES
TARIKH |
: 4 Disember 2018 |
MASA |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
; MS Office Word |
Tujuan:
Kelas kali ini bertujuan mengajar peserta akan kemahiran menggunakan MS Word. Untuk kali ini mereka diajar cara memasukkan jadual dan membuat jadual yang sesuai bagi setiap helaian yang diperlukan. Peserta juga diajar cara menilai jadual yang betul-betul menepati skala sebagai data yang sesuai.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan revision berkaitan fungsi dan kegunaan MS Word. Mereka diperkenalkan kepada beberapa tools yang kerap digunakan dalam sesuatu tugasan. Seterusnya mereka diberikan ruang untuk membuat jadual sendiri yang berkaitan dengan mereka. Selain itu, mereka dipantau bagi menghasilkan jadual yang berkualiti.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KUIZ MAULIDUR RASUL
TARIKH |
: 2 Disember 2018 |
MASA |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
; Kuiz Mengenali Rasul S.A.W |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang sirah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW. Mengenali baginda rasul menjadi suatu keperluan bagi mendidik anak-anak dengan tauladan yang hebat dan berbudi bahasa seerti baginda.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan ruang soal jawab dalam mengetahui tahap pengetahuan mereka dalam mengenali Baginda Nabi SAW. Seterusnya mereka diajar dan diberikan sedikit gambaran sirah nabi melalui tontonan video. Seterusnya mereka bersoal jawab dengan soalan kuiz yang disediakan.
__________________________________________________________________________________________________________________________
SUNTING VIDEO
TARIKH |
: 15 November 2018 |
MASA |
: 3.00 Petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Video Editor |
Tujuan:
Tujuan aktiviti kali adalah untuk melatih peserta mempelajari asas video editor yang simple dan senang di akses. Untuk permulaan mereka dibekalkan apps online bagi memberikan sedikit gambaran apps yang sebenar dalam proses edit video.
Aktiviti:
Peserta akan diajarkan dengan storyline bagi mencipta sesuatu video. Mereka juga diperkenalkan pelbagai jenis video editor yang senang diakses oleh orang awam. Seterusnya, tools dan aplikasi yang sentiasa diguna pakai diajar kepada peserta untuk menghasilkan video mereka.
__________________________________________________________________________________________________________________________
Q & A BASIC ICT
TARIKH |
: 22 November 2018 |
MASA |
: 3.00 Petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Kenali ICT |
Tujuan:
Tujuan aktiviti kali adalah untuk memperkenalkan beberapa bab pengetahuan ICT melalui menjawab soalan . Mereka perlu mencatat setiap isi penting yang berkaitan ICT. Setaip daripada mereka perlu memberikan contoh kegunaan dan fungsi item ICT tersebut.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan taklimat perkembangan semasa dunia ICT sebelum mereka belajar sesuatu berkaitannya. Seterusnya mereka dibekalkan soalan interaktif yang berkaitan ICT. Mereka perlu perjelaskan fungsi bagi setiap item ICT yang berkaitan.
__________________________________________________________________________________________________________________________
CHARADES LEARNING GAMES
TARIKH |
: 10 November 2018 |
MASA |
: 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 6 orang |
KELAS |
: Aktiviti Berkumpulan |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan untuk melatih peserta melakonkan dan mengimaginasikan objek yang dinyatakan. Aktiviti ini mampu melatih daya ingatan serta kreativiti peserta dalam menintepretasi babak @ watak sesuatu subjek. Ianya sesuai sebagai kelas asas lakonan
Aktiviti:
Peserta akan diberikan sedikit taklimat awal berkaitan objektif aktiviti. Peserta akan dibentuk beberapa kumpulan.Seterusnya mereka diberikan beberapa kompilasi petikan dialog, lirik lagu, gambar haiwan dan situasi untuk dilakonkan oleh mereka. Ahli kumpulan yang lain mesti meneka setiap lakonan yang dilakukan tersebut.
__________________________________________________________________________________________________________________________