E-LEARNING BERSAMA PELATIH PDK
TARIKH |
: 5 Mac 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: E-Pembelajaran |
Tujuan:
Program kali ini bertujuan memberi peluang dan ruang kepada pelatih PDK untuk bersama memanfaatkan kemudahan dunia ICT. Ianya juga bertujuan membiasakan mereka dengan alatan dan gajet yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.
Aktiviti:
Program pembelajaran kali ini dibahagikan kepada 3 peringkat bagi memudahkan semua peserta. Di aras pertama mereka diajar untuk mengenali alatan berkaitan ICT. Kedua mereka diberikan ruang untuk menggunakan beberapa aplikasi dalam internet bagi membiasakankan dengan momentum yang dipaparkan di skrin PC. Pada aras ketiga mereka diuji dengan bermain permaianan pendidikan yang bersesuaian denga aras kemampuan mereka.
__________________________________________________________________________________________________________________________
MEWARNA PRA SEKOLAH
TARIKH |
: 2 Mac 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 8 orang |
KELAS |
: Mewarna Secara Offline |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan melatih dan mengasah bakat seni peserta yang majoritinya peringkat sekolah rendah dan pra-sekolah. Mereka perlu mengeluarkan idea kreativiti masing-masing bagi merebut hadiah untuk pemenang yang mewarna dengan markah tertinggi.
Aktiviti:
Peserta diberikan beberapa jenis kertas mewarna yang berbeza imej dengan diberikan tempoh waktu yang ditetapkan. Mereka perlu mewarna dan melakarkan setiap imej yang diberikan sebaik mungkin. Setiap hasil kerja mereka dinilai untuk menentukan kedudukan bagi mencari pemenang.
__________________________________________________________________________________________________________________________
POSTER CREATOR
TARIKH |
: 22 Februari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Mereka Poster Ringkas |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan poster. Beberapa perkara penting dalam poster dideahkan dan diajar secara praktikal.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan beberapa contoh design poster yang ada di carian google. Dari situ mereka diminta memikirkan satu idea poster masing-masing. Seterusnya mereka diajar merekanya menggunakan adobe photoshop.
__________________________________________________________________________________________________________________________
MINI EXPLORACE ICT
TARIKH |
: 23 Februari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 12.00 tgh hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 6 orang |
KELAS |
: Kuiz Campuran ICT |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan menguji kemahiran peserta menggunakan sumber dunia ICT dari pelbagai sudut. Ianya juga melatih mereka untuk lebih cepat dan berani menggunakan setiap sumber di alam maya sebagai rujukan dan menapisnya terlebih dulu.
Aktiviti:
Peserta didedahkan teknik menjawab persoalan berkaitan dunia ICT. Mereka diberikan pilihan juga untuk mencari sumber bahan rujukan di internet. Disamping itu, diajar cara memilih sumber rujukan yang betul serta bersaing bersama setiap peserta.
__________________________________________________________________________________________________________________________
MS POWER POINT
TARIKH |
: 21 Februari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 4 orang |
KELAS |
: Membuat Slideshow Teks |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan memberikan nilai tambah penggunaan MS Power Point untuk mempersembahkan data dan maklumat supaya lebih menarik.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan pilihan teks yang pelbagai. Untuk kali ini Pantun diajadikan rujukan utama. Seterusnya, mereka diajar untuk memasukkan pantun tersebut ke dalam power pointdisamping penambahan item persembahan.
__________________________________________________________________________________________________________________________