TAKLIMAT PENGISIAN DATA JABATAN
TARIKH |
: 20 Februari 2019 |
MASA |
: 12.00 tengahari – 4.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 12 orang |
KELAS |
: Sistem Pengurusan Data |
Tujuan:
Taklimat dan aktiviti kali ini bertujuan membantu beberapa kakitangan jabatan yang terlibat untuk menggunakan platform yang terkini berkaitan database pekerja. Ianya sebagai langkah untuk jabatan berkenaan memantau dan menggunakan data tersebut secara maya.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan taklimat oleh wakil ketua jabatan berkenaan pengkalan data yang akan digunakan. Seterusnya mereka diajar cara menggunakan sistem tersebut dengan betul. Disamping menerangkan kelebihan sistem pengkalan data kepada peserta.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KDB : KESELAMATAN DUNIA SIBER
TARIKH |
: 16 Februari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang – 4.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Promosi & Klik Dengan Bijak |
Tujuan:
Kelas selingan ini adalah kesinambungan kepada penggunaan dunia ICT. Pusat Internet mengambil peranan untuk mendidik dan memberikan pengetahuan kepada peserta akan keselamatan di alam siber yang penuh dengan gangguan ini.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan penerangan tentang penggunaan dunia siber yang selamat mengikut keperluan dunia semasa. Sebagai bahan sokongan beberapa klip video dan “case study” berkaitan keselamatan dunia siber didedahkan untuk menjadikan pengajaran kepada setiap peserta.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KURSUS ASAS KOMPUTER
TARIKH |
: 14 Februari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 6 orang |
KELAS |
: MS Office (Word,Excel,PP) |
Tujuan:
Kursus jangka pendek kali ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada fungsi asas MS Office kepada peserta. Peserta yang terdiri daripada lepasan SPM & STPM amat memerlukan kemahiran menggunakannya. Ini sebagai satu nilai tambah kepada mereka untuk terus memajukan diri pada masa mendatang.
Aktiviti:
Kursus ini diajarkan dengan penuh informasi kepada setiap peserta. Dengan kapasiti pengetahuan yang ada PI sebaik mungkin menyampaikan input MS Office yang bermula dari kosong. Mereka diberikan teknik dan cara yang paling sesuai menggunakan perisian ini bagi membantu setiap urusan mereka seharian serta untuk kegunaan lain.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 1.0
TARIKH |
: 16 Februari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 2.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 8 orang |
KELAS |
: Adobe Photoshop |
Tujuan:
Kursus untuk kali ini bertujuan mengajar para peserta mengenali dan memahami perisian adobe photoshop. Pelbagai fungsi dan kegunaan adobe photoshop didedahkan untuk meningkatkan minat peserta kepada bidang design dan kreatif ini.
Aktiviti:
Peserta diperkenalkan semua aspek utama yang ada dalam photoshop. Mereka akan diberikan beberapa segmen untuk belajar photoshop bersesuaian dengan tahap permulaan belajar tentang desing dan editing. Mereka turut didedahkan dengan topik berkaitan pemasaran dan peluang menjana pendapatan melalui bidang ini.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KUIZ KENEGARAAN
TARIKH |
: 2 Februari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 12.00 tgh hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: E-Learning & Kuiz |
Tujuan:
Kelas kali ini bertujuan memupuk kembali semangat cinta dan mengenali tanah air melalui pendidikan. Kuiz sebegini lebih interaktif dan menghiburkan peserta serta lebih cepat mereka memahami. Dengan mempelajari sejarah secara kui interaktif peserta tidak terlalu terbeban dengan persepsi sejarah yang membosankan.
Aktiviti:
Peserta diberikan tayangan beberapa klip video sejarah yang mudah untuk mereka hadam sebagai mukaddimah aktiviti. Mereka cuba menghayati setiap detik yang diceritakan dalam klip tersebut. Seterusnya berbekalkan input tersebut, peserta akan menjawab segala set soalan yang terkandung dalam kuiz yang diberikan. Sebagai galakkan hadiah untuk “top scorer” disediakan.
__________________________________________________________________________________________________________________________