KUIZ SILANG KATA (KDB)

 

TARIKH

: 19 Apr 2019

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 7 orang

KELAS

: Kuiz KDB

 

Tujuan:

Aktiiviti santai kali ini bertujuan mendidik dan mengajar peserta akan etika dan keselamatan menggunakan dunia digital. Ianya dilaksana menggunakan kaedah permainan pendidikan.

Aktiviti:

Peserta akan dibekalkan dengan beberapa set soalan teka silang kata yang mengandungi pelbagai kategori soalan keselamatan dunia digital. Disamping itu mereka diterangkan dan dijelaskan lagi tentang aspek keselamatan tersebut untuk menjadi pengguna alam siber yang bijak.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

MYSHOP @ E-USAHAWAN

 

TARIKH

: 18 Apr 2019

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 15 orang

KELAS

: Marketing Online & Offline

 

Tujuan:

Program kali ini adalah untuk memberikan sedikit input dan ilmu pemasaran kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada part-time usahawan, untuk memaksimumkan pemasaran produk mereka dengan kadar kemampuan masing-masing.

Aktiviti:

Peserta yang terlibat yang terdiri daripada kumpulan usahawan dan persatuan wanita bersama belajar beberapa teknik pemasaran yang bersesuaian dengan masa mereka yang bekerja. Mereka diajar untuk memaksimumkan dengan mneggunakan platform online, offline dan marketplace seperti mudah.my dan banyak lagi.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

BIMBINGAN KERJA KHUSUS SPM

 

TARIKH

: 10 Apr 2019

MASA

: 3.30 petang - 5.30 petang

LOKASI

: PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 6 orang

KELAS

: Bimbingan Pembelajaran

 

Tujuan:

Program kali ini bertujuan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta untuk menyiapkan kerja khusus SPM bagi subjek Pendidikan Seni.

Aktiviti:

Peserta yang terdiri daripada sekumpulan pelajar SPM perlu menyiapkan kerja khusus yang diberikan kepada mereka. Bagi membantu tugasan tugasan, mereka mendapatkan khidmat bimbingan petugas Pusat Internet bagi memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

BEYBLADE CHALLENGE

 

TARIKH

: 13 Apr 2019

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Pertandingan Permainan

 

Tujuan:

Program kali ini adalah bertujuan memberikan ruang untuk setiap peserta menunujukkan kemahiran mereka dalam permainan yang sedang trending kini. Kemahiran dan kualiti permainan amat penting dalam mendapatkan markah.

Aktiviti:

Peserta yang terlibat diberikan taklimat tentang format permainan terlebih dahulu. Setiap peserta perlu mempersiapkan alatan masing-masing bagi memulakan pertandingan. Setiap perlawanan direkod markah bagi menentukan pemenang. Peserta dengan mata tertinggi diiktiraf sebagai juara.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

MS WORD : SHAPE & PICTURE

 

 

TARIKH

: 6 Apr 2019

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: MS Office Word

 

Tujuan:

Kelas kali ini bertujuan untuk meemberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan MS Office Word. Untuk kali ini diberikan pendedahan bahagian memasukkan bentuk dan gambar. Menerangkan fungsi ini lebih lanjut dan lebih terperinci.

Aktiviti:

Peserta diberikan beberapa urutan proses sesuatu kerja. Mereka hendaklah memasukkan semua item mengikut spesifikasi yang diberikan untuk menerangkan jalan cerita yang diberikan. Ianya perlu disusun kemas dan rapi.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________