PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

 

TARIKH

: 15 Disember 2018

MASA

: 8.00 pagi - 1.00 petang

LOKASI

: Dewan Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 170 orang (Berdaftar)

KELAS

: Kesedaran Kesihatan

 

Tujuan:

Program kali ini bertujuan mempromosikan Pusat Internet sebagai Pusat Sehenti bagi pemeriksaan kesihatan asas. Selain itu, dalam program kali ini dibawakan beberapa agensi berkaitan kesihatan, NGO dan persatuan untuk membawakan informasi yang berguna. Pelbagai acara dan aktiviti yang diatur, bermula dari pagi hingga tengah hari.

Aktiviti:

Program Jom Sihat ini bermula dari pagi dengan pendaftaran pengunjung serta pendaftaran ahli Pusat Internet dengan tawaran istimewa. Seramai lebih kurang 170 orang komuniti setempat mendaftarkan diri. Pelbagai acara lain yang diaturkan antaranya Senamrobik, Larian 1000 langkah, menjawab kuiz, mewarna bagi kanak-kanak serta pameran dan perkongsian informasi daripada agensi jemputan. Antara agensi yang hadir ialah AADK, Farmasi, Unit Kesihatan Gigi, Unit Pemakanan Sihat serta Unit Pesakit Luar. Acara tamat pada pukul 1.00 petang.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________