LATIHAN SOLUSI PEMASARAN DIGITAL BERSAMA FAMA
TARIKH |
: 19 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 12.00 pm – 3.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Gua Musang |
PESERTA |
: 7 orang |
KELAS |
: Latihan Keusahawanan |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan setempat untuk memasarkan produk mereka menerusi platform digital dengan bantuan FAMA.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan tentang kemudahan yang ditawarkan oleh FAMA dalam memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan. Peserta juga disarankan untuk menggunakan aplikasi pemasaran oleh FAMA bagi memulakan pemasaran digital mereka. Rakan digital turut membantu dalam mengisi maklumat pemasaran usahawan menerusi aplikasi tersebut.
ROBOTIC HANDS ACTIVITY
TARIKH |
: 16 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 3.00 pm – 5.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 5 orang |
KELAS |
: IoT: Robotic |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang mereka bentuk sesuatu bahan mudah bagi menghasilkan elemen yang bersifat robotik.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan tentang pengetahuan dalam STEM/IOT. Bahan-bahan disediakan untuk peserta menghasilkan sebuah tangan robot. Proses penghasilan aktiviti ini dirujuk melalui YouTube sehingga mereka selesai menghasilkan sebuah tangan robotik yang menarik.
BIMBINGAN PENEBUSAN KREDIT e-WALLET MADANI
TARIKH |
: 4 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 10.00 am – 12.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: e-Wallet Platform |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan kepada komuniti setempat bagi menebus bantuan yang diberikan kerajaan.
Aktiviti
Komuniti setempat diberikan pendedahan tentang kemudahan penggunaan e-wallet. Kemudian mereka dicadangkan menggunakan aplikasi mengikut kesesuaian rutin harian mereka bagi menebus nilai bantuan tersebut.
KELAS PENGURUSAN JENAZAH
TARIKH |
: 15 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 9.00 am – 12.00 pm |
LOKASI |
: Masjid Muhammad Al-Fateh |
PESERTA |
: 20 orang |
KELAS |
: Fardhu Kifayah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak-anak di komuniti setempat mengenai ilmu fardhu kifayah tentang pengurusan jenazah.
Aktiviti
Peserta dimulakan dengan ceramah mengenai kepentingan pengurusan jenazah. Kemudian aktiviti diteruskan dengan praktikal prosedur menguruskan jenazah dari awal hingga selesai.
BIMBINGAN PERMOHONAN KE IPT
TARIKH |
: 2 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 3.00 pm – 5.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 2 orang |
KELAS |
: Soft Skills - Grooming |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan pemilihan bidang serta teknikal pengisian borang dalam sistem yang berkenaan.
Aktiviti
Peserta diberikan beberapa cadangan dan bimbingan dalam mengisi setiap maklumat dalam permohonan yang terbabit. Mereka juga diberikan cadangan untuk memastikan ianya bersesuaian dengan kelayakan.