PROGRAM CELIK ICT KEMERDEKAAN
TARIKH |
: 24 OGOS 2023 |
MASA |
: 9.30 am – 11.30 am |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 15 orang |
KELAS |
: Pengenalan Kepada Komputer |
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tadika kepada dunia IT dan komputer.
Aktiviti
Peserta diberikan bimbingan menggunakan tetikus dalam permainan pendidikan. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
BIMBINGAN SEMAKAN CTOS
TARIKH |
: 23 OGOS 2023 |
MASA |
: 11.00 am – 12.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 2 orang |
KELAS |
: Pengurusan Asas Kewangan |
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan kepada peserta untuk menyemak status kewangan peribadi melalui website CTOS.
Aktiviti
Peserta diberikan bimbingan bermula dari pendaftaran di website sehingga mampu menyemak sendiri status kewangan masing-masing.
PERTANDINGAN MELUKIS HARI KEBANGSAAN
TARIKH |
: 19 OGOS 2023 |
MASA |
: 3.00 pm – 5.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 5 orang |
KELAS |
: E-Pembelajaran |
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih daya kreativiti peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah.
Aktiviti
Setiap peserta diajar dan dibimbing untuk menghasilkan lukisan dan kerja mewarna yang cantik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada tahun ini.
TIKTOK ADVANCE CLASS BERSAMA MARA
TARIKH |
: 21 OGOS 2023 |
MASA |
: 9.00 am – 5.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 15 orang |
KELAS |
: Latihan Keusahawanan |
Tujuan:
Kolabrasi antara PEDi dan MARA ini bertujuan membantu usahawan bimbingan MARA memperluaskan bidang perniagaan mereka menerusi aplikasi TikTok.
Aktiviti
Peserta diberikan tunjuk ajar penggunaan medium TikTok sebagai strategi pemasaran perniagaan mereka. Mereka diberikan tips dan cara-cara yang lebih advance untuk mempromosikan bahan perniagaan serta melakukan TikTok live shop yang lebih efektif.
BENGKEL PEMBELAJARAN DIGITAL DAN AI FOR TEACHERS
TARIKH |
: 8 OGOS 2023 |
MASA |
: 9.00 am – 1.00 pm |
LOKASI |
: SK Star |
PESERTA |
: 12 orang |
KELAS |
: Asas IoT |
Tujuan:
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru sekolah mengenai penggunaan digital dan AI untuk pembelajaran.
Aktiviti
Peserta diberikan pengenalan mengenai kemudahan digital yang ada untuk tujuan pengajaran di sekolah serta kemudahan AI yang boleh di aplikasikan.