BIMBINGAN PEMBAHARUAN KONTRAK GURU KAFA

TARIKH

: 21 FEBRUARI 2024

MASA

: 10.00 am – 12.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 5 orang

KELAS

: Asas Pembangunan Laman Web


Tujuan

Aktiviti kali ini bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada peserta yang terdiri daripada guru KAFA untuk menyediakan dokumen pembaharuan kontrak mereka.

Aktiviti

Peserta (guru) didedahkan kaedah yang betul dan tepat untuk menggunakan sistem yang disediakan KPM. Pelbagai maklumat dan borang laporan yang perlu dikemaskini untuk tujuan penilaian pihak kementerian terbabit bagi melayakkan mereka untuk memperbaharui kontrak sebagai guru KAFA.

Gambar Aktiviti Disini

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

TARIKH

: 16 FEBRUARI 2024

MASA

: 3.00 pm – 5.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: e-Learning: Permainan Pendidikan


Tujuan

Aktiviti kali ini bertujuan mengisi masa cuti sekolah untuk menguji daya kreativiti peserta dalam mencorakkan dan menceriakan gambar.

Aktiviti

Peserta dibekalkan kertas mewarna dan pensel warna. Mereka perlu mewarna keseluruhan gambar lukisan yang disediakan dalam masa yang ditetapkan. Selesai sesi mewarna, hasil mereka dinilai untuk mencari pemenang. Seterusnya, majlis penyampaian hadiah dan cenderahati disampaikan.

Gambar Aktiviti Disini

ONLINE BANKING FOR FINANCING

TARIKH

: 10 FEBRUARI 2024

MASA

: 3.00 pm – 5.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 4 orang

KELAS

: Perbankan dalam Talian


Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta dalam penggunaan aplikasi online banking untuk tujuan perniagaan.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi dan diberikan penerangan dalam kemudahan menggunakan online banking. Peserta juga dibimbing dalam penggunaan tools yang ada dalam aplikasi. Penggunaan Bank statement review dititikberatkan bagi memudahkan peserta menyemak transaksi keluar masuk kewangan.

Gambar Aktiviti Disini

HARI MINI KEUSAHAWANAN

TARIKH

: 15 FEBRUARI 2024

MASA

: 9.00 am – 12.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Asas IoT


Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan komuniti setempat tentang penggunaan AI dalam kehidupan seharian.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan 'Apa Itu AI' dan kepentingan kemajuan teknologi untuk masa hadapan. Kemudian peserta diberi masa untuk menghasilkan poster yang menarik menerusi AI serta menggunakannya untuk kemudahan kerjaya masing-masing. Di samping itu, hari khas ini turut mempromosikan PEDi sebagai sumber rujukan yang dinamik kepada komuniti. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta sempena Hari Mini Keusahawanan.

Gambar Aktiviti Disini

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU

TARIKH

: 7 FEBRUARI 2024

MASA

: 9.00 am – 4.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: < 10 orang

KELAS

: Website - PADU


Tujuan

Program ini bertujuan memberi kemudahan fasiliti internet dan ruang yang selesa kepada komuniti setempat untuk berdaftar dan mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem PADU.

Aktiviti

Peserta mendaftarkan diri di dalam sistem PADU sambil dibimbing oleh petugas dan juga pegawai DOSM yang turut hadir bagi memudahkan pengurusan pengemaskinian maklumat peribadi dan pengesahan diri.

Gambar Aktiviti Disini