TARIKH : 15 SEPTEMBER 2018
MASA : 10.00 am Hingga 12.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Kuiz Sejarah Malaysia
Tujuan:
Aktiviti ini untuk kali ini bertujuan mengajar peserta tentang maklumat sejarah dan kisah sejarah yang ada dalam pembentukan negara Malaysia. Mereka diberikan penerangan terlebih dahulu sebelum diuji dengan kuiz yang mencabar pengetahuan mereka serta mendidik mereka untuk menyayangi Malaysia.
Aktiviti:
Aktiviti dilaksanakan dengan meberikan penerangan kepada peserta tentang sejarah dan kesinambungan cerita perjuangan penubuhan Malaysia. Seterusnya mereka perlu menjawab soalan kuiz yang disediakan serta bertanding sesame mereka.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 13 SEPTEMBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Klik Dengan Bijak
Tujuan:
Aktiviti ini untuk kali ini bertujuan mendidik peserta yang dari kalangan pelajar untuk lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial khususnya. Terlampau banayak perkara yang dikongsikan di media sosial yang negative dan tidak mendatangkan faedah.
Aktiviti:
Aktiviti dilaksanakan dengan meminta peserta untuk menganalisis sesuatu berita. Mereka diminta untuk mengeluarkan pro dan con sesuatu berita. Mereka perlu menjelaskan kepada audien tentang analisis tersebut sebelum membuat keputusan samaada perlu dikongsi atau sebaliknya.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 7 SEBTEMBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 7 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Kuiz Islamik
Tujuan:
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendidik dan menyampaikan sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu kepada peserta mengenai Awal Muharram atau Maal Hijrah. Mereka juga diminta berbincang untuk menerangkan sesame peserta bagi menambahkan lagi kefahaman masing-masing.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan sedikit penerangan tentang awal muharram. Peserta diminta untuk mencari beberapa info sebelum dimulakan kuiz. Setiap peserta layak untuk menjadi pemenang jika menjawab dengan betul.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Promosi Sebenarnya.My
Tujuan:
Aktiviti ini untuk kali ini untuk mendidik dan mengajar peserta untuk menggunakan media dan siber dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab. Selain itu, ianya sebagai satu promosi bagi portal sebenarnya.my yang menjadi penapis berita yang tular.
Aktiviti:
Aktiviti dilakukan dengan memberikan penerangan kepada peserta. Mendidik peserta untuk lebih berhemah dalam penggunaan media dan mencari sumber berita yang sebenar. Peserta diajar untuk mengambil langkah berhemah dalam berkongsi maklumat di media.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 6 SEPTEMBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : E-Pembelajaran
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan memupuk semangat patriotism di kalangan peserta terutamanya mereka yang peringkat sekolah rendah. Aktiviti ini juga bertujuan mengembangkan lagi IQ dan bakat peserta dalam aspek kreativiti .
Aktiviti:
Peserta diberi beberapa kepingan gambar untuk dijadikan bahan puzzle. Gambar yang diberikan adalah bertemakan kemerdekaan negara sempena hari Malaysia. Mereka diberikan masa untuk menyusun setiap kepingan puzzle. Siapa siap paling cepat dikira sebagai pemenang.
__________________________________________________________________________________________________________________________