TARIKH           : 2 OGOS 2018

MASA              : 3.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : Kuiz & Pembelajaran Matematik

  

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan mendedahkan aktiviti yang berkaitan matematik kepada peserta. Tujuan utanmanya untuk menyemai rasa suka kepada subjek matematik sejak dari sekolah rendah lagi. Selain itu, bagi menguji kepantasan mencongak pada diri peserta.

Aktiviti:

Peserta diberikan beberapa soalan menggunakan aplikasi pembelajaran quizizz dengan pelbagai kategori da naras soalan Matematik. Mereka perlu menjawab dan memilih jawapan yang betul dan sesuai selepas selesai proses kira-kira yang dijalankan

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 19 JULAI 2018

MASA              : 3.00 Pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : Power Point & Grafik 

  

Tujuan:

Kelas dan aktiviti kali ini memberikan pendedahan ilmu untuk mereka cipta sticker menggunakan MS Power Point dengan pelbagai imej yang menarik.

Aktiviti:

Kelas kali ini peserta diberikan idea untuk mereka sticker dengan inspirasi masing-masing. Dengan menggunakan Power Point pelbagai sticker dengan pelbagai rupa direka oleh peserta.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 12 JULAI 2018

MASA              : 10.00 pm Hingga 12.00 pm

PESERTA        : 6 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : E-Rezeki 

  

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengenalan kepada platform e-rezeki kepada komuniti sekitar. Pelbagai platform diberikan tunjuk ajar yang bersesuaian dengan peserta.

Aktiviti:

Kelas kali ini peserta dibekalkan nota yang disampaikan oleh petugas mengenai platform digital e-rezeki ini. Peserta diajar cara untuk mendaftarkan diri serta menggunakan platform tersebut.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 12 JULAI 2018

MASA              : 12.00 pm Hingga 3.00 pm

PESERTA        : 40 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : Jamuan Sempena Raya 

  

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan memupuk silaturrahim serta bekenalan dengan komuniti dan ahli-ahli Pusat Internet yang menjadi pendokong utama perjalanan PI.

Aktiviti:

Aktiviti menjamu selera dengan beberapa hidangan makanan dan minuman yang disediakan oleh petugas. Semoga aktiviti kali ini dapat mengurangkan jurang antara PI dan komuniti

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 7 JULAI 2018

MASA              : 10.00 am Hingga 1.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : Pertandingan Catur 

  

Tujuan:

Aktiviti ini kali ini bertujuan mendedahkan peserta dengan permainan catur serta teknik dan strategi yang terdapat dalam catur.

Aktiviti:

Kelas dan aktiviti ini bermula dengan pengajaran dan tutorial permainan catur. Seterusnya pertandingan catur dimulakan untuk mencari pemenang.

__________________________________________________________________________________________________________________________