USAHAWAN SURIYANI BINTI ISA

Nama

: Suriyani Binti Isa

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Pn Suriyani banyak melakukan promosi tentang aktiviti perniagaan nya itu melalui penggunaan whatsapp serta testimony dari pembelian pelanggan nya sebelum ini.

Peringkat awalnya beliau sangat teruja bila bersama dengan komuniti setempat yang mengikuti beberapa siri kelas asas ICT dan Keusahawanan di PI Taman Kesedar Jaya. Beliau mula menjalankan perniagaan secra digital sekitar Tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Pn Suriyani hanya mendapat pendapatan sekitar RM 100 – RM 300 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendafatar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Pn Suriyani bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 500 – RM 1000.

___________________________________________________________________________________