USAHAWAN SYARIFAH LIYANA BT IBRAHIM

Nama

: Sharifah Liyana bt Ibrahim

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: Okt 2019

Latar belakang

Pn Liyana merupakan salah seorang anak jati Gua Musang yang berniaga di dalam daerah sendiri bagi membantu memenuhi keperluan masyarakat. Beliau bermula dengan menjual pakaian secara bersendirian dan kecilan yang melibatkan rakan dan keluarga terdekat. Antara jualan utama beliau ialah pakaian wanita dengan pelbagai variasi dan pilihan yang menarik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan bersama PI, beliau tidak begitu memahami selok-belok menggunakan platform online. Anggaran pendapatan beliau sekitar RM 3000 – RM 4000 sebulan hanya melakukan jualan secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui pelbagai kelas ICT dan keusahawanan serta bimbingan daripada Pusat Internet, Pn Liyana mampu mengembangkan perniagaan beliau dengan memasukkan pelbagai produk dalam senarai jualannya. Beliau tidak hanya bergantung kepada satu jenis produk sahaja. Pendapatan anggaran beliau RM 5000 – RM 6000.

___________________________________________________________________________________