CELIK IT - ROSIMAH BINTI MUSA

Nama

: Rosimah Binti Musa

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Rosimah merupakan seorang kakitangan kerajaan yng bekerja sebagai guru TABIKA KEMAS di Kg Batu Papan, Gua Musang.Beliau kerap ke PI untuk melakukan tugasan beliau sebagai tenaga pengajar TABIKA KEMAS spt memasukkan laporan harian, bulanan & tahunan di dalam system kerajaan serta perlu menyediakan pelan aktiviti yang perlu di laksanakan di TABIKA tersebut. Oleh yang demikian, tugasan hakiki yang banyak memerlukan beliau untuk menyiapkan tugasan melalui kemahiran penggunaan computer dan ilmu ICT. Justeru, beliau mengambil langkah bijak untuk mengikuti kursus IC yang dianjurkan oleh pihak PI setiap bulan untuk meningkatkan lagi pengetahuan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, pengetahuan beliau berkaitan adalah amat terhad termasuk disebabkan kekangan waktu dan kerjaya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Pn Rosimah dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau lebih mahir menggunakan peralatan yang tersedia dan lebih terbuka pengetahuan tentang ICT. Beliau juga lebih terbuka berbicara berkenaan hala tuju dan mafaat ICT kepada kehidupannya.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.
    • Mempelajari cara-cara untuk membuat tugasan dan memasukkan maklumat dengan betul

Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • Saya boleh mengambil dan mendapatkan sijil asas komputer di PI

___________________________________________________________________________________