USAHAWAN NADIAH BT RUZLI

Nama

: Nadiah Bt Ruzli

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: Sejak 2018

Latar belakang

Pn Nadiah merupakan salah seorang komuniti setempat yang bekerja sebagai kerani di salah sebuah sekolah di Daerah Gua Musang. Peringkat awalnya beliau sangat teruja bila bersama dengan komuniti setempat yang mengikuti beberapa siri kelas asas ICT dan Keusahawanan di PI Taman Kesedar Jaya. Beliau mula menjalankan perniagaan sekitar Tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Pn Nadiah hanya mendapat pendapatan sekitar RM 500 – RM 1000 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mendaftar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Pn Nadiah bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 2500 – RM 3000

___________________________________________________________________________________