CELIK IT - RANIAH BT MOHD ZAIDI

Nama

: Raniah Bt Mohd Zaidi

Umur

: 12 tahun

Ahli

: Sejak 2017

 

Latar belakang

Raniah merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2020 ini. Beliau selalu ke PI untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru nya di sekolah. Beliau sedar dunia sekarang sangat menitik beratkan pengetahuan dalam bidang ICT. Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah bijak untuk mengikuti kursus IC yang dianjurkan oleh pihak PI setiap bulan untuk meningkatkan lagi pengetahuan beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, tiada juga ilmu tambahan berkaitan rujukan untuk alam kerjaya selepas menghabiskan pengajian di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Raniah dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau lebih mahir menggunakan peralatan yang tersedia dan lebih terbuka pengetahuan tentang ICT. Beliau juga lebih terbuka berbicara berkenaan hala tuju dan mafaat ICT kepada kehidupannya.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.
    • Mempelajari cara-cara untuk membuat tugasan dan memasukkan maklumat dengan betul

Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • Saya boleh mengambil dan mendapatkan sijil asas komputer di PI

___________________________________________________________________________________