TARIKH : 19 Januari 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : E-Pembelajaran & MS Office
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda dan pengetahuan peserta dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa segmen untuk memberikan tahap ujian yang berbeza.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan soalan, video, gambar, teka-teki yang mengandungi pelbagai persoalan dari pelbagai sudut. Mereka perlu menjawab atau menaka jawapan yang dikirakan sesuai.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 18 Januari 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : E-Pembelajaran
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan latihan dan mengasah bakat dan style penulisan peserta dalam menggunakan MS Word khususnya. Kepantasan dan ketepatan dalam menaksirkan maklumat amat diperlukan.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan beberapa bahan dan teks untuk ditaip dalam MS Word. Masa dan penilaian akan dicatatkan untuk menentukan kemampuan peserta dalam kemahiran menaip ini.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 12 Januari 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : E-Pembelajaran
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan menguji IQ peserta berkaitan tajuk dan situasi yang diketengahkan. Penting untuk peserta cepat dalam menyelesaikan masalah dan menjana idea.
Aktiviti:
Peserta diberi gambaran situasi dan masalah yang perlu diselesaikan. Situasi tersebut diberi petunjuk untuk peserta mencari idea dan mencipta kata kunci yang berpadanan dengan silang kata yang disediakan.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 13 Januari 2018
MASA : 10.00 am Hingga 12.00 pm
PESERTA : 7 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Mewarna
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta dalam mengimaginasikan sesuatu lukisan dengan mewarnakannya. Pilihan warna itu boleh menggambarkan sedikit sebanyak perwatan dan karakter peserta.
Aktiviti:
Peserta diberi diberikan satu lukisan yang diadaptasi dari satu software yang dibentuk untuk menghasilkan gambar 3D. Selepas siap mewarna gambar yang diwarna itu perlu di scan dengan telefon untuk dilihat gambaran 3D tersebut.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 11 Januari 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Microsoft Powerpoint
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada peserta menggunakan Microsoft Powerpoint. Kebiasaannya masyarakat lebih dominan kepada penggunaan Microsoft Word sahaja. .
Aktiviti:
Peserta diberi pengenalan tentang fungsi dan kegunaan Microsoft Powerpoint dalam melaksanakan fungsinya sebagai bahan penyampaian. Untuk kali ini peserta didedahkan berkenaan susun atur dalam memaparkan maklumat kepada audien
__________________________________________________________________________________________________________________________