Taman Kesedar Jaya adalah sebuah penempatan perumahan yang baru sahaja dibuka pada tahun 2011. Taman Kesedar Jaya ini terletak berdekatan dengan Bandar Baru Gua Musang iaitu kira-kira 2 km.
Populasi penduduk di Taman Kesedar Jaya adalah seramai 333 orang dengan purata isi rumah dalam anggaran 5 orang bagi setiap rumah. Majoriti masyarakat yang menetap di Taman Kesedar Jaya adalah bangsa Melayu dan kebanyakan bukan penduduk asal di kawasan tersebut. Majoriti masyarakat yang menetap di Taman Kesedar Jaya ini berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan seperti guru manakala sebahagian yang lain bekerja sendiri dan berniaga.
- Populasi
Jumlah Purata Isi Rumah | 5 Orang |
Lelaki | 150 |
Perempuan | 183 |
Jumlah keseluruhan | 333 |
- Kumpulan Umur
<12 Tahun | 30% |
12-17 Tahun | 20% |
18-25 Tahun | 10% |
26-40 Tahun | 60% |
41-58 Tahun | 10% |
>58 Tahun | 8% |