JOM KENALI JENIS-JENIS SCAMMER

 

 

Gambar 1: Peta Daerah Gua Musang

                                                                                                Sumber: Wikipedia

Jajahan Gua Musang merupakan salah satu daripada 10 jajahan di bawah pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli.

Selain itu, jajahan Gua Musang juga adalah sebuah jajahan yang terletak di sebelah Selatan Negeri Kelantan dan menjadi sempadan antara Negeri Kelantan dengan Negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Untuk makluman, jajahan Gua Musang merupakan jajahan (daerah) terbesar di negeri Kelantan dan merupakan salah satu jalan masuk ke Negeri Kelantan dari arah selatan melalui darat iaitu Kuala Lipis atau Kuala Lumpur.

Gua Musang mempunyai 3 Dun iaitu Dun Galas, Dun Nenggiri Dan Dun Paloh di bawah parlimen Gua Musang, Pusat Ekonomi Digital Taman Kesedar Jaya terletak di dalam Dun Galas berdekatan dengan Taman Kesedar Jaya, Taman Damar, Taman Wangi dan Taman Kesedar Putra. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital turut berhampiran dengan Kawasan Industri, Perumahan Kakitangan KTMB, Felda. 

Antara kemudahan yang ada di Gua Musang Stesen Keretapi, Stesen Kereta Sewa, Stesen Bas, Kemudahan Bank, Hospital, Keselamatan seperti Polis, Bomba dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Terdapat juga unit - unit kedai yang lama dan juga yang sedang dibangunkan untuk pembangunan masa hadapan. Kemudahan ini penting untuk merancakkan lagi sosio-ekonomi penduduk kawasan disini.

                                                                                                                                              Sumber: Majlis Daerah Gua Musang

  • Ahli Parlimen

 

Gambar 1: Ahli Parlimen Gua Musang

 
Nama Yang Berhormat Mohd Azizi Abu Naim
Sejarah Ringkas         

Yang Berhormat Mohd Azizi Abu Naim merupakan ahli Parlimen bagi Gua Musang, Kelantan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Nenggiri yang menang kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN atas tiket PN-PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan Pilihan raya negeri Kelantan 2023.

Negeri Kelantan
Parlimen Gua Musang
Parti Perikatan Nasional - (BERSATU)
Kod Parlimen P032

                                       Sumber: Wikipedia

 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)

 

Gambar 2: ADUN Galas

 
Nama Yang Berhormat Mohd Syahbuddin Bin Hashim
Sejarah Ringkas                

Sebelum menyandang jawatan ADUN Galas, YB Mohd Syahbuddin Bin Hashim telah lama menyertai parti UMNO. Jawatan terakhir sebelum bergelar ADUN ialah sebagai Ketua Penerangan. Beliau mempunyai perniagaan sendiri dibawah nama Mekar Mewah Construction Sdn. Bhd.

Negeri Kelantan
Parlimen Gua Musang
Parti Barisan Nasional (UMNO)
Kod Parlimen P032
Kod DUN N45
Nama DUN Galas

Sumber: Portal Rasmi Barisan Nasional

 

PEGAWAI DAERAH

 

Gambar 3: Pegawai Daerah

 
Nama YABrs Tuan Haji Ab. Pattah bin Hasbullah
Jawatan Pegawai Daerah Gua Musang
Negeri Kelantan
Jajahan Gua Musang