KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN DAMAR JAYA, GUA MUSANG

NO. PENDAFTARAN : RT 030

1. Nama Kawasan / Sektor Rukun Tetangga

Kawasan ini telah didaftarkan atas nama Kawasan Rukun Tetangga Taman Damar Jaya, Daerah Gua Musang, Kelantan. Taman Damar Jaya adalah gabungan daripada nama dua buah taman yang terletak dalam satu kawasan perkongsian prasarana yang sama iaitu Taman Damar dan Taman Kesedar Jaya.

2. Alamat

Pengerusi

Kawasan Rukun Tetangga Taman Damar

d/a: Pondok Kawalan SRS

Taman Damar, Gua Musang, Kelantan.

3. No. Telefon

017-9259785 (Pengerusi), 019-9858553 (Setiausaha) dan 013-9232255 (Bendahari)

4. Tarikh Ditubuhkan dan Kelulusan

Ditiubuhkan pada 15 Mac 2013 mengikut Seksyen 5A Akta Rukun Tetangga 2012 melalui surat ruj. JPN.02/519/472 Kit21/RT/01 (74) bertarikh 22 Mac 2013.

Rujukan Surat JPN : JPN.D.600/01 Jld.19 () bertarikh : 08 April 2013

5. Lokasi

Jarak KRT Taman Damar Jaya dari Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gua Musang adalah sekitar 4 km. KRT lain yang berdekatan adalah KRT Taman Wangi, KRT Taman Kesedar Putra dan KRT JPN Industri.

6. Luas Kawasan

Meliputi dan termasuk kawasan dipersempadankan dengan bermula mengikut arah jarum jam, tempat pertemuan di antara Jalan Taman Damar dan Jalan Tangki Air JPS, Lorong Pejalan Kaki, Jalan Etnobotani, Jalan Gua Musang-Kuala Lumpur, Jalan Taman Damar dan berakhir di tempat permulaan.

7. Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga

Jawatankuasa Penaja penubuhan KRT berpendapat perlunya dibentuk jawatankuasa di Taman Perumahan di sini memandangkan terdapat percampuran penghuni samada dari segi kaum, agama, sosiobudaya, punca ekonomi dan penduduknya yang ramai.

Jawatankuasa penaja telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 15/03/2013.

                                                                                                                                                                                                    

AHLI JAWATANKUASA UTAMA

Pengerusi   
Timbalan Pengerusi     
Setiausaha  
Penolong Setiausaha

 

Bendahari