Faktor keselamatan perlu diutamakan dalam sesebuah komuniti. Jika dilihat pada faktor persekitaran pada masa kini, malapetaka dan ancaman bahaya adalah diluar jangkauan manusia. Oleh yang demikian, terdapat beberapa balai keselamatan yang disediakan berhampiran dengan kawasan Taman Kesedar Jaya ini seperti Balai Polis Gua Musang dan juga Balai Bomba Gua Musang.

 

  • BALAI POLIS

          Masyarakat di Taman Kesedar Jaya boleh membuat sebarang laporan kes kecurian, kemalangan dan sebagainya di Balai Polis Gua Musang ini. Balai Polis Gua Musang yang terletak kira-kira 2 km dari Taman Kesedar Jaya dan berkhidmat 24 jam setiap hari.

Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.

No tel: 09-9121222

 

                                            Gambar 1 : Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang

 

  • BALAI BOMBA

          Terdapat sebuah balai bomba yang ditempatkan kira-kira 2 km dari Taman Kesedar Jaya. Seramai 33 anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia terhadap segala kemungkinan risiko kebakaran, menyelamat mangsa banjir dan membantu dalam menangkap dan menghapuskan haiwan liar seperti ular dan sarang lebah.

Alamat: Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.

No tel: 09-9121444

Gambar 2 : Balai Bomba Gua Musang

 

  • SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) TAMAN KESEDAR JAYA/TAMAN DAMAR

          Tujuan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah untuk menjaga keamanan taman daripada kes sepeti pecah rumah, kecuriaan dan banyak lagi. Bila tiba musim cuti sekolah atau perayaan kebayakan penduduk di taman ini akan pulang beraya di kampung masing-masing. Jadi, penduduk di taman ini mengambil keputusan kata sepakat untuk membuat penubuhan skim rondaan sukarela tersebut supaya dapat menjaga taman perumahan daripada berlaku kes pecah rumah dan kecuriaan.

          Antara pelan pencegahan pecah rumah Taman Kesedar Jaya dan Taman Damar ialah:

          a) Mengadakan kawalan keselamatan 24 jam selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum raya dan 3 hari

              selepas hari raya.

          b) Menutup semua lorong keluar masuk atau lorong tikus.

          c) Jalan masuk utama hanya di buka satu lorong sahaja.

          d) Rondaan berskala siang dan malam.

          e) Mencatatkan nombor kenderaan keluar masuk sepanjang tempoh kawalan.

          f) Pemasangan 2 kamera CCTV di pos kawalan.

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

TAMAN KESEDAR JAYA & TAMAN DAMAR

BIL  JAWATAN  NAMA  NO.TELEFON 
 1  PENGERUSI SRS  EN.MOHD AZMAWI FIKRI BIN HJ.ABDUL GHANI  0199569080
 2  NAIB PENGERUSI SRS  EN.RUHALED BIN AB HAMID  0192623303
 3  SETIAUSAHA SRS  EN.RAHIM BIN YASO  0133333508
4 BENDAHARI SRS HJ.IBRAHIM BIN HJ.SALLEH 0139279174
5 AJK SRS MOHD FADHLY BIN AB MANAF 0199126010
6 AJK SRS MAT DAUD BIN IBRAHIM 0199097866
7 AJK SRS MOHD ANUAR BIN HASSAN 0139807534

 

srs

Gambar 3: Antara ahli-ahli SRS Taman Kesedar Jaya & Taman Damar