PERMOHONAN UPU 2022 

TARIKH

: 16 MAC 2022

MASA

: 10.00 am – 12.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 3 orang

KELAS

: Bimbingan Pasca Sekolah

 

Tujuan: 

Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan pemilihan bidang serta membimbing teknikal pengisian borang dalam sistem yang berkenaan.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan beberapa cadangan dan bimbingan dalam mengisi setiap maklumat dalam permohonan yang terbabit. Mereka juga diberikan cadangan untuk memastikan ianya bersesuaian dengan kelayakan.

Gambar Aktiviti Disini

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2022 

TARIKH

: 14 MAC 2022

MASA

: 3.00 pm – 5.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 3 orang

KELAS

: Dashboard

 

Tujuan: 

Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan kepada ibubapa yang kurang mahir dalam sistem atas talian.

Aktiviti:

Peserta diajar dan dibimbing untuk melakukan langkah pengisian maklumat dalam sistem atas talian bagi mendaftarkan anak-anak mereka untuk memulakan sesi persekolahan.

Gambar Aktiviti Disini

ASAS PENGGUNAAN EMEL 

TARIKH

: 10 MAC 2022

MASA

: 10.30 am – 12.30 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 5 orang

KELAS

: Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Tujuan: 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang asas penggunaan emel seperti Yahoo Mail dan GMail.

Aktiviti:

Dalam aktiviti yang dijalankan, para peserta diberi pendedahan tentang cara-cara untuk membuat akaun dalam Yahoo dan Google. Kemudian, peserta dibimbing untuk menghasilkan emel yang baik dan kemudahan yang ada dalam penggunaan emel.

Gambar Aktiviti Disini

KELAS PENYEDIAAN RESUME 

TARIKH

: 12 MAC 2022

MASA

: 10.00 am – 12.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 4 orang

KELAS

: Microsoft Office

 

Tujuan: 

Kelas kali ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah dan kolej untuk menghasilkan resume. Untuk kali ini peserta turut diberikan info berkaitan ciri-ciri resume yang lengkap dan bersesuaian dengan pasaran kerjaya sekarang.

Aktiviti:

Peserta diminta menyediakan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam sesuatu resume. Mereka diajar untuk memilih suatu tema resume yang bersesuaian dengan pesonaliti mereka ataupun kerjaya. Peserta turut diajar untuk memasukkan item-item yang diperlukan sahaja dalam resume bagi memastikan ianya ringkas dan padat dengan maklumat.

Gambar Aktiviti Disini

KEMASKINI SISTEM MAKLUMAT PERPADUAN KRT 

TARIKH

: 6 MAC 2022

MASA

: 3.00 pm – 5.00 pm

LOKASI

: PEDi Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 2 orang

KELAS

: Aplikasi Online

 

Tujuan: 

Aktiviti ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan laman web rasmi yang disediakan oleh kerajaan.

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan dengan laman web Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan dibimbing dalam proses mengemaskini maklumat organisasi Kawasan Rukun Tentangga (KRT).

Gambar Aktiviti Disini