Tarikh :  25 September 2017
Masa :  04.00pm hingga 05.00pm
Peserta :  10 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas

: Pertandingan Puzzle Online


Tujuan:

Pertandingan puzzle online ini dibuat secara atas talian di laman sesawang http://www.jigsawplanet.com/ . Malah pertandingan ini dibuat bagi meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. Selain itu, melatih kesabaran dan ketabahan peserta ketika menyelesaikan puzzle. Melatih peserta berfikir dan menyelesaikan masalah.Dengan adanya program dan aktiviti seperti ini dapat membantu peserta meningkatkan lagi tahap daya berfikir dan menyelesaikan puzzle mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta

Aktiviti:

Peserta diminta untuk menyiapkan puzzle.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh :  25 September 2017
Masa :  03.00pm hingga 04.00pm
Peserta :  9 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas : Kuiz Pendidikan

 

Tujuan: 

Pertandingan kuiz ini dibuat secara manual menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas pi1m. Program kuiz ini mendapat 'feedback' yang baik kepada peserta kerana ada komunikasi antara peserta dan pengajar. Dengan adanya kuiz seperti ini, peserta dapat mengenali bahagian-bahagian komputer dan nama komponen komputer dengan betul. Semoga kuiz ini dapat memberi manfaat kepada peserta

Aktiviti:

Peserta diminta untuk padankan gambar dengan nama yang betul. Peserta juga disediakan kertas kuiz untuk dijawab.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh :  24 September 2017
Masa :  11:00am hingga 12.00pm
Peserta :  3 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas : Cara Download Soalan PT3

 

Tujuan:

 Kelas khas ini dibuat bagi membuat persedian kepada peserta pelajar PT3 untuk menduduki peperiksaan. Kami memberi peluang kepada peserta untuk belajar cara untuk download soalan-soalan trial yang berkaitan dengan PT3 untuk membuat ulangkaji. Kami menyediakan satu laman sesawang https://www.sistemguruonline.my/ untuk mendownload soalan-soalan trial daripada negeri-negeri lain. Semoga kelas ini memberi manfaat kepada peserta yang akan menduduki peperiksaan.

Aktiviti:

Peserta diajar cara untuk mendownload kertas soalan dan membuat latihan soalan yang telah di download tadi.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh :  23 September 2017
Masa :  03.00pm hingga 05.00pm
Peserta :  10 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas : Pertandingan Mewarna Sempena "Hari Malaysia"

 

Tujuan:

 Pertandingan ini dibuat bagi tujuan untuk melatih peserta menjadi seorang yang kreatif, dan melatih peserta menjadi seorang yang fokus apabila mewarna barulah hasil lukisan cantik dan menarik. Selain itu juga, dengan mewarna peserta juga dapat mengenal warna dan menggunakan warna dengan betul apabila mewarna. Semoga dengan pertandingan mewarna ini peserta semakin kreatif dan memupuk minat dalam kesenian.

Aktiviti:

Peserta disediakan kertas lukisan bertemakan Hari Malaysia.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh :  21 September 2017
Masa :  03.00pm hingga 05.00pm
Peserta :  4 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas : Pertandingan Puzzle Online "Hari Malaysia"

 

Tujuan:

Pertandingan puzzle online ini dibuat secara atas talian di laman sesawang http://www.jigsawplanet.com/ . Malah pertandingan ini dibuat bagi meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. Selain itu, melatih kesabaran dan ketabahan peserta ketika menyelesaikan puzzle. Melatih peserta berfikir dan menyelesaikan masalah.Dengan adanya program dan aktiviti seperti ini dapat membantu peserta meningkatkan lagi tahap daya berfikir dan menyelesaikan puzzle mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta.

Aktiviti:

Peserta diminta untuk menyiapkan puzzle sempena Hari Malaysia

_________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh :  20 September 2017
Masa :  03.00pm hingga 04.00pm
Peserta :  6 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas

: Kuiz Silang Kata

 

Tujuan:

Pertandingan kuiz ICT ini dibuat secara manual dan bahan-bahan kuiz disediakan oleh petugas pi1m berbentuk silang kata. Pertandingan ini dibuat bagi melatih peserta untuk berfikir dengan bijak apabila menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Dengan adanya kuiz seperti ini daya berfikir peserta akan berkembang dan meningkatkan lagi pengetahui ICT dalam diri. Semoga dapat memberi manfaat kepada peserta dalam dunia ICT

Aktiviti:

Peserta disediakan kertas soalan untuk menyelesaikan kuiz silang kata.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh :  17 September 2017
Masa :  03.00pm hingga 05.00pm
Peserta :  8 orang
Lokasi :  Pi1m Kesedar Jaya
Kelas

: Ulangkaji TutorTv UPSR

 

Tujuan:

kelas pembelajaran ini dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.tutortv.com.my/upsr . Malah kelas pembelajaran ini dibuat untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan peserta dalam pembelajaran. kami membuat ulangkaji 4 subjek kepada peserta supaya dapat meningkatkan lagi tahap IQ yang sedia ada. Dengan adanya kelas seperti ini, peserta dapat menjawab soalan secara online. Semoga kelas ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada peserta untuk menduduki peperiksaan.

Aktiviti:

Peserta disediakan komputer setiap seorang dan peserta diminta membuka laman web TutorTV Upsr untuk membuat latihan.

_______________________________________________________________________________________________________________________